Penguasa Timur dan Barat,
Tunjuk ajarlah pada manusia yang buta, erti ketamadunan,
Tetapkanlah hati dan pengetahuan pada mereka yang mengetahui,
Takdir ini milikmu, wahai sang Raja,
Ikutilah petunjuk ke jalan-jalan yang diredhai-Nya,
Tunaikanlah amanatmu
Wahai Penguasa Timur dan Barat,
Dari sisi Qattara pada suatu kaum di Siwah,
Tunjukkanlah mereka kebenaran dengan ilmu dan kekuasaanmu,
Agar mereka tahu dan mengerti,
Kau datang membawa cahaya untuk menerangi
Wahai sang Raja,
Perjalanan yang jauh ini melangkaui batas sempadan ketamadunan,
Kau temui pelbagai ranjau rintangan,
Pada suatu kaum yang tidak mempunyai apa-apa,
Pada suatu kaum yang sukar kau fahami bahasanya di Lembah Fergana,
Tunjukkan, ajarkan dan lindungilah manusia dengan tembok pemisah dan kekuatanmu
Wahai Pemilik Dua Tanduk,
Seringkali kami berbalah tentang siapa dirimu, asalmu dan keperibadianmu,
Apalah ada pada cerita pada kalam penglipurlara sejarah yang mengabui,
Kau Raja Zulqarnain pilihan Tuhan,
Taqwa dan imanmu bukan suatu persoalan
Dan dari kisahmu ini wahai Zulqarnain; kami mengerti,
Bukanlah kerana betapa ramainya soldadu kau punyai,
Bukanlah kerana betapa ramainya manusia kau tawani,
Bukanlah kerana betapa luas tanah jajahan yang kau takluki,
Hanya kerana betapa mulianya kau di sisi Tuhan,
Sebagai pelajaran dan tauladan manusia sepanjang zaman,
Penguasa dunia yang berpaksi teguh pada iman
3 comments:
satu penghormatan buat penulis buku Alexander Adalah Zulqarnain; Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko
ada buku bagus lanjutan buku “Alexander adalah Zulqarnain”, karya Muhammad Alexander, tajuk dia:
"LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATEES BERKULIT HITAM”
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi
Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
kandungan isi buku tu:
. Pendahuluan
. Terjemahan Surah Luqman
. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
. Garis Masa Yunani kuno
. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
. Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades
. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
. Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
. Usah Sombong
. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
. Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
. Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah
selamat membaca
Moga setiap karya beliau dapat membuka pemikiran dan memberi manfaat kepada pecinta kebenaran
Post a Comment