Monday, December 22, 2008

Saudara Kami Jutawan Melayu

Kau jutawan Melayu
Rumahmu tinggi di atas bukit, berjuta ringgit
Kenderaanmu selalu sahaja terlebih laju
Makan di atas set kristal, perak dan seramik luar negara
Baju berbutik sahaja kau ada

Kau jutawan Melayu
Teratak kami tak pernah kau tahu alamatnya
Kenderaan kami hanya penyendal jalan raya
Makanan kami tak pernah kau kenal rupanya
Kedai pukal butik pilihan kami

Manalah bisa kau terima hakikat;
Rumahmu berjuta ringgit menyembah bumi
Menumpang kenderaan tempatan kami
Makan nasi bungkus bagai PATI
Pakai baju sedekah kami

Manalah kami tahu betapa hinanya ditempatkan di hotel
berbintang sebagai tempat tumpang
Manalah kami tahu nasi bungkus mahal tidak lancar untuk
kau hadamkan
Manalah kami bisa tahu baju kami gatal dipakai
Manalah kami tahu, wahai saudaraku jutawan Melayu

Marilah,
Kita bersama di surau kami berganda besarnya dari masjidmu.

1 comment:

ApOgEE said...

PATI tu Pendatang Asing Tanpa Izin...

kenapa dia ada kena mengena dengan nasi bungkus? Adakah mereka (PATI) telah menjual nasi bungkus sekarang?

Aku teringin nak makan nasi bungkus mereka... belanja aku?