Monday, November 12, 2007

Gurindam Rakyat Ramping

Sejak petrol naik 30 sen seliter
Ramai rakyat melopong ternganga
Yang naik Mercedes pun garu kepala
Yang fakir beroda dua tak terkata
Harga yang lain pun turut menggila
Bagai pusingan rantai makanan
Yang kecil hidup-hidup ditelan sakan

Kalau ikut kapitalis, yang naik, naik, yang turun, turun
Tapi kita tang turun kita tak hitung
Cerita pasal subsidi, gomen dah tak tertanggung
Syarikat minyak kita tak pernah rugi, berbilion dah untung
Rakyat marhaen dengar pun mulut dah terlopong

Bukan tak boleh naik harga
Tapi berapa sangat pendapatan rakyat secara purata
Kakitangan kerajaan gajinya telah meningkat lebih sekali ganda
Yang swasta dari tahun 90an sampai sekarang dok tang tu sahaja
Yang kerja kampung tak tahu apa ikut bahana

Pemimpin kata berhemahlah berbelanja
Yang pakai mata belalang bolehlah angguk kepala
Kami kat sini nak kata apa
Perut dah diikat apa lagi nak dibuat
Sekarang ni pun sudah terkulat-kulat
Makan nasi pun sudah disukat
Serba-serbi perlu dijimat

Kami bukan rakyat pemberontak
Cakap kami pun tidak berbentak-bentak
Bukan subsidi lebih yang kami hendak
Tapi acapkali kami dilayan bak manusia tak berotak
Kami mahu hanya satu, seribu kali kami ditolak

No comments: