Monday, November 12, 2007

Gurindam Rakyat Ramping

Sejak petrol naik 30 sen seliter
Ramai rakyat melopong ternganga
Yang naik Mercedes pun garu kepala
Yang fakir beroda dua tak terkata
Harga yang lain pun turut menggila
Bagai pusingan rantai makanan
Yang kecil hidup-hidup ditelan sakan

Kalau ikut kapitalis, yang naik, naik, yang turun, turun
Tapi kita tang turun kita tak hitung
Cerita pasal subsidi, gomen dah tak tertanggung
Syarikat minyak kita tak pernah rugi, berbilion dah untung
Rakyat marhaen dengar pun mulut dah terlopong

Bukan tak boleh naik harga
Tapi berapa sangat pendapatan rakyat secara purata
Kakitangan kerajaan gajinya telah meningkat lebih sekali ganda
Yang swasta dari tahun 90an sampai sekarang dok tang tu sahaja
Yang kerja kampung tak tahu apa ikut bahana

Pemimpin kata berhemahlah berbelanja
Yang pakai mata belalang bolehlah angguk kepala
Kami kat sini nak kata apa
Perut dah diikat apa lagi nak dibuat
Sekarang ni pun sudah terkulat-kulat
Makan nasi pun sudah disukat
Serba-serbi perlu dijimat

Kami bukan rakyat pemberontak
Cakap kami pun tidak berbentak-bentak
Bukan subsidi lebih yang kami hendak
Tapi acapkali kami dilayan bak manusia tak berotak
Kami mahu hanya satu, seribu kali kami ditolak

Friday, November 9, 2007

Stesyen Radio Seberang (milik anak watan)

Tiap-tiap hari dengar lagu dari m.p tigaku,
Dengar radio aku naik jemu,
Mana lagu anak bangsaku,
Tiada lagu jiwa ragaku

Hari-hari mana bisa tahan,
Lagu-lagu orang kamu siul-siulkan,
Bikin hati ku panas tak keruan,
Jiwa dan hati orang jadi ikutan

Lagu sekarang makin merepek,
Lagu sumbang bertempik-tempik,
Kisah cinta remaja tak berotak,
Bikin nafasku naik sesak,
Dalam dada menanggung sebak

Stesyen radio hanya saluran perdana,
Saluran remaja kemaruk bercinta,
Soal niaga pokok bicara,
Jual maruah kerana gaya,

Setiap hari dengar lagu m.p tigaku,
Kerana dengar radio aku dah jemu,
Tiada lagu anak bangsaku,
Ada pun hanya lagu-lagu melulu,
Lagu orang yang putus ilmu,
Kisah-kisah orang yang hidup keliru

Introduction of The Malay Poems

The Malay Poems is created as alternative medium for me to express my thoughts/feeling/opinions/views on whatever issues in a beautiful way-poem.